Semalam, telah tular satu berita mengenai perkahwinan ieda Moin atau nama sebenar beliau Siti Haida binti Abd Moin yang berumur 40 tahun. Beliau merupakan seorang penyanyi, pelakon, pelawak dan pengacara.

Beliau dikhabarkan telah bernikah pada 12 April yang lepas dan telah mengadakan majlis secara tertutup mengenai perkahwinan keduanya itu.

YA, benar saya dan Amril sudah bernikah pada 12 April lalu. Saya ingin memohon maaf kerana tidak menghebahkan perkhabaran gembira ini kepada semua,” kata penyanyi, pelakon dan pelawak Ieda Moin mengulas perkahwinannya buat kali kedua.

Berita ini telah tular berikutan ada desas-desus perkahwinan mereka mula dihidu media apabila pelakon Nazia Mustafar telah mengucapkan tahniah kepada pasangan itu di segmen cerita Instagramnya tetapi menutup muka pengantin perempuan.

Ieda atau nama sebenarnya Siti Haida Abdul Moin, 40, berkata, majlis akad nikah berlangsung pada jam 10 pagi di Masjid Ar Rahimah Kampung Pandan dengan dihadiri keluarga terdekat kedua pihak serta kawan-kawan rapat.

Menerusi penjelasan beliau, majlis akad nikah yang berlangsung secara tertutup dan hanya menjemput kenalan rapat dan ahli keluarga bagi berkongsi momen indah itu.

“Urusan selebihnya bapa saya yang buat. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.

“Tiada hantaran mewah yang saya pinta daripada suami melainkan mas kahwin termasuk sepasang cincin untuk acara batal air sembahyang dan sepasang telekung serta sejadah.

“Rakan artis yang hadir ke majlis kami ialah Nazia Mustafar dan Azza Elite,” katanya dalam pengakuan secara eksklusif kepada Harian Metro.

Menurut Ieda lagi, beberapa rakan artis yang rapat dengannya telah dijemput tetapi tidak dapat hadir dan salah seorang rakan artis adalah pelakon Erra Fazira yang mengetahui perkara itu tetapi tidak dapat hadir kerana berada di Singapura pada tarikh perkahwinan mereka berlangsung.

“Sahabat karib saya, Nurkhiriah juga tak dapat hadir tapi saya buat panggilan video ketika doa selamat dibacakan, membuatkan dia teresak-esak kerana terlalu gembira saya akhirnya bernikah,” katanya.

Ieda telah mengakui perkahwinan ini dirancang dalam masa yang singkat dengan majlis yang tertutup dan membuatkannya tidak dapat menjemput pelbagai pihak hanya menjemput kenalan rapat dan ahli keluarga kedua belah pihak.

“Selain itu, perasaan rendah diri juga membuatkan saya segan menjemput ramai orang.

“Saya sedar saya bukanlah popular atau terkenal seperti artis lain.

“Diharapkan tiada mana-mana pihak terasa hati dengan tindakan saya,” katanya.

Selain itu Ieda berkata, Am atau Mohd Amril Gulkhan Abdul Rahman, 36, berjaya mencuri perhatiannya dan memiliki ciri-ciri lelaki sejati yang dicari selama ini.

“Dia lelaki terbaik yang pernah saya jumpa.

“Am bukan sahaja menyayangi saya tetapi turut terima anak saya seperti anak sendiri.

“Setakat ini kami belum ada tarikh untuk berbulan madu kerana jadual lakonan saya terlalu padat,” katanya.

Ini merupakan perkahwinan pertama buat Amril, dan manakala perkahwinan kedua bagi Ieda. Beliau sebelum ini pernah berkahwin dengan Mohamad Naquib Idris pada 4 November 2006 namun bercerai talak satu pada 18 Disember 2014.

Selain itu, hasil dari perkahwinan pertama beliau mereka telah dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Nur Dhia Dania, 11 tahun.