Melalui satu perkongsian yang viral di FB, Puan Hanisah Huri telah berkongsi resepi turun temurun dari keluarganya yang sangat sedap.

Resepi kek butter marble kesukaan pelanggan saya. Alhamdulillah selalu mendapat pujian. Smp suami dan anak2 pon suka. Klau habis mesti dia tanya. Mama x buat kek semalam ke?  Memg sedap.

Doakan smg sy murah rezeki, dapat buka kedai ye. Amin

Bahan-bahan Kek Butter Marble.

  • 250gm buttercup (butter mahal harga jual pon mahal)
  • 180g gula castor
  • 5 biji telur (gredA 4 biji dah cukup)
  • 250 gm tepg naik sndri
  • 120ml susu [email protected] segar
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu kecil butter oil ( rahsia utk kek butter yg sedap dan bau yg mengancam. tgk pic butter oil dikomen)
  • @ boleh masukkan esen kesukaan anda pandan, coklat dll. Pewarna kesukaan

Cara-cara Membuat Kek Marble

 

  1. Mix butter & gula sampai kembang putih berkrim (anggaran 7-10mnt)
  2. Masukkan esen vanila dan butter oil
  3. 3. Masuk telur 1 per 1 …mix 1 minit baru masuk sbiji lg..buat sampai habis
    4. Masukkan tepung selang seli dgn fresh milk sampai habis. Pukul sebati.
    5. Bahagi 3 bekas utk 3 warna berlainan… utk masukkan warna kesukaan anda
    6. Masukkan ke dalam loyang berselang seli setiap warna. Dan boleh la lorekkan corak.
    6. Last skali masukkan ke dlm loyang 9 x 9 atau 10×10
    7. Bakar suhu 150 selama 50 minit, api atas bawah sehingga permukaannya perang (oven saya)
    8. Selepas masak terus terbalikkan di redai kek dalam [email protected] mnt dan kemudian terbalikkan semula. Siap utk dimakan.

*jika tak ada tepung naik sendiri boleh guna tepg gandum dan masukkan 1 sudu kecil baking powder.

*kek tahan lama dan lagi moist bila makan keesokkan hari. Tak percaya cuba jgn habiskan. Smpn esok. Tp tkt x smpt smpn esok