[VIDEO] “Dah cukup ada 5 ayah,” Tak Setuju Vida Kahwin, Cik B Dedah Selalu Gaduh Dengan Iqbal

Pemilik nama Datuk Seri Vida (DSV) atau nama sebenarnya Datuk Seri Hasmiza binti Othman sering menjadi perhatian para netizen.

Gosip hangat tentang usahawan kosmetik ini dengan bekas pembantu peribadinya iaitu Ahmad Iqbal Zulkefli sekali lagi mendapat perhatian warga netizen di media sosial lagi-lagi di aplikasi Instagram.

Sebelum ini, usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Vida telah mendedahkan bakal mendirikan rumah tangga bersama bekas pembantu peribadinya iaitu Iqbal Zulkefli.

Pendedahan tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Namunpun begitu, dia masih tidak ‘berani’ untuk memaklumkan perkara tersebut kepada anak perempuannya iaitu lebih mesra dikenali sebagai Cik B.

Bagaimanapun, Cik B tampil memberi respon sarkastik dengan menulis di Twitter dengan kapsyen ‘pura-pura terkejut dan tidak tahu’ mengenai berita tersebut.

Cik B tak setuju Vida kahwin..

Mengulas lanjut, Cik B turut mengakui tidak bersetuju dengan keputusan Vida untuk mendirikan rumah tangga selain niatnya yang ingin memiliki anak lagi.

Jelas Cik B, salah satu faktor dia tidak merestui perkahwinan tersebut kerana jarak usia antara ibunya dengan Iqbal sangat jauh berbeza.

“Saya deep down saya sangat kurang setuju. Ye lah, mama umurnya pun dah tua, abang Iqbal baru umur 25.

“Macam mana abang Iqbal ni umur 25 ni suka orang tua. Mesti ada sebab tau. Macam saya memang sangat tak setuju mama dia nak anak lagi.

“Cukup lah saya dengan Kacak sahaja. Mama ni bila dia bercinta, dia macam cinta buta.”

“Ya betul disebabkan faktor usia saya tidak merestui. Dan kalau mama dijodohkan dengan orang yang tua, sepadan umur, tak kisah what gonna be happen sebab mama tak suka orang tua. Mama memang suka orang muda juga.”

Dalam masa yang sama, Cik B turut memaklumkan dia sering kali berselisihan faham dengan Iqbal dan tidak mempunyai hubungan yang baik.

“Saya dengan abang Iqbal ni memang tak ngam. Saya selalu gaduh dengan dia. Gaduh tu bukan gaduh biasa biasa.

“Saya gaduh dengan dia memang luar biasa. Hubungan kami memang sangat renggang. Saya tak nak komen banyak, sebab banyak saya nak cakap tapi saya biarlah pada diri saya sendiri.”

Ingatkan Marketing.. cukup lah dah ada 5 ayah

“Sebenarnya saya ingatkan marketing tapi nampak macam betul betul pulak. Ya Allah takutnya tapi harap-harapnya memang marketing lah.

“Saya pun macam tak nak lah ada ayah baru. Saya pun dah cukup dah ada 5 ayah.”

“Kalau jodoh mama dengan abang Iqbal saya harapkan mama happy, ikutlah mama nak buat apa. Saya memang taknak mama kahwin dengan abang Iqbal.”

Walaubagaimana pun, Cik B sempat memberi pesanan kepada mamanya agar berfikir jauh dan dapat menilai niat sebenar seseorang yang mendekatinya sama ada datang dalam hidup Vida untuk mencintai ataupun sebaliknya.

Sudah tentu sebagai anak, Cik B mahukan yang terbaik buat Vida.

Baru-baru ini, Vida juga memohon agar orang ramai mendoakan supaya Cik B dilembutkan hati menerima keputusannya untuk berkahwin.

“Cik B perlukan masa, you guys boleh tolong tak, minta tolong doa. Doakan Cik B lembut hati.”

“Doa saya ni ibu memang la, insya-Allah makbul tapi nak makbul cepat supaya lembut hati Cik B dalam semua urusan.”

“Termasuklah menjadi anak yang soleh, hebat, rajin bisnes, cantik, kurus dan berdikari.”

Video temubual Cik B

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MELODI TV3 Official (@meloditv3)

Sementara itu  pelantun lagu I Am Me itu turut meluahkan rasa sayang tak terhingga terhadap CIk B atupun nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin.

“I love you so much Cik B. I care about you.. I never want put you down. I never leave you alone.”

Kredit: YOY.MY

Kongsikan artikel ini di: