Kini, kadar jenayah ragut antara yang semakin membimbangkan dinegara kita. Anda tidak digalakkan berada di tempat-tempat yang sunyi dan tertutup dari pandangan orang ramai ketika berada diluar rumah anda.

Untuk golongan perempuan anda perlu lebih peka dan berhati-hati apabila keluar berseorangan. Ini kerana anda merupakan suspek yang dikehendaki jika anda bersendirian.

Golongan perempuan juga digalakkan ke mana-mana berteman dan tidak pergi ke kawasan-kawasan yang merbahaya pada diri anda. Ini kerana golongan wanita sering menjadi mangsa keganasan seperti ragut dan sebagainya.

Baru-baru ini telah tular di laman sosial satu perkongsian yang berguna mengenai cara-cara menyediakan pepper spray yang boleh dijadikan senjata kecemasan ketika anda didalam kesusahan.

Mari kita lihat cara-cara menyediakan pepper spray yang dikongsikan dari facebook Marry Ferjel Babasa yang telah mendapat ribuan perkongsian di laman sosial.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut: 

  • Botol Spray (bergantung kepada anda mahu menggunakan botol yang bersaiz kecil atau besar).
  • Cili
  • Air

Cara-cara menyediakan pepper spray adalah:

  1. Sediakan satu botol bersaiz kecil (saiz botol terpulang kepada anda namun ianya hendaklah sesuai dan mudah untuk disimpan didalam handbag dan mudah dibawa ke mana-mana.

2. Beli cili mengikut keperluan anda. Ada beberapa jenis cili yang terdapat di pasaran dan jika boleh cari cili yang paling pedas supaya airnya lebih pedas dan sesuai menjadi senjata didalam kecemasan.

3. Kemudian potong cili menjadi kecil dan muat untuk dimasukkan ke dalam botol spray tadi.

4. Selepas itu, bolehlah masukkan cili yang telah dipotong ke dalam botol spray anda tadi. Cili tidak perlu diisi sehingga penuh kerana kita mahu cili tersebut senang untuk digoncang.

5. Letakkan air ke dalam botol spray kita tadi. Pastikan cili yang dipotong tadi tadi tenggelam dan kemudiannya siap sudah senjata yang perlu diletakkan didalam handbag setiap masa.

Semoga perkongsian ini mendatangkan manfaat kepada semua pembaca. Untuk wanita diluar sana, jangan lupa sediakan pepper spray ini sebagai senjata yang sentiasa diletakka didalam handbag anda dan bawalah kemana-mana terutama jika anda keluar bersendirian. Selamat mencuba!!