Cincin merupakan salah satu perhiasan yang sering digayakan oleh wanita mahupun lelaki setiap hari. Ramai yang berpendapat wanita yang memakai persiaran seperti cincin mampu menaikkan seri wajah wanita itu menerusi penampilannya.

Kini, pelbagai jenis rekaan cincin dihasilkan kerana ramai pengguna yang gemar menggayakan cincin samada ia berasal dari emas, silver atau sebagainya. Selain itu, ramai menjadikan cincin sebagai pengikat tanda perkahwinan meraka samada didalam mahupun luar negara.

Cincin merupakan antara perkara terpenting dalam majlis perkahwinan. Ramai menjadikan cincin sebagai lambang tanda bahawa seseorang itu telah berkahwin. Cincin juga dikatakan menjadi pelengkap perkahwinan yang dibina.

Aksesori cincin bukan hanya terhad kepada golongan wanita sahaja, bahkan ia juga popular dikalangan lelaki. Ramai individu gemar memperagakan pelbagai jenis rekaan cincin dalam kehidupan seharian.

Sungguhpun cincin terlalu sinomin dengan kita, namun ramai yang terlepas pandang dengan perkara asas dalam menentukan saiz cincin. Ramai yang tersalah memilih cincin dan akhirnya cincin yang telah dibeli tidak sesuai dan selesa dipakai.

Setiap orang mempunyai saiz dan bentuk jari yang berbeza. Oleh itu, anda perlu tahu saiz sebenar jari anda sebelum anda membeli cincin supaya tiada kesilapan dilakukan selepas urusan jual beli dijalankan.

Proses membeli cincin juga menjadi mudah jika anda telah mengetahui saiz jari anda sendiri. Terdapat juga kedai emas yang memiliki alatan khas untuk mengukur saiz jari kita dengan mudah namun tidak semua kedai memiliki alatan tersebut.

Mari kita lihat bagaimana cara menentukan saiz jari anda supaya anda telah bersedia untuk memilih cincin sesuai dengan saiz jari anda.

Alatan yang digunakan adalah: 

  • Kertas atau Benang
  • Pensil
  • Pembaris
  • Gunting

Cara-cara mengukur saiz jari anda:

  1. Tenangkan jari jemari anda
  2. Kemudian, gunting kertas berukuran 2cm lebar dan panjangnya adalah sejengkak
  3. Selepas itu, gunting benang sama panjang dengan kertas (sejengkal)
  4. Ambil kertas atau benang yang telah digunting tadi dan lilitkan ia di jari manis anda
  5. Seterusnya, tandakan di mana kedua-dua hujungnya bertemu
  6. Pastikan ia tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar. Cukup anda berasa selesa dijari anda
  7. Tandakan dengan menggunakan pensil tadi
  8. Seterusnya tandakan pertemuan kedua-dua hujung benang atau kertas anda tadi.
  9. Ukur ukuran benang atau kertas mengunakan pembaris.
  10. Pastikan anda mengukur didalam “mm”

Untuk mendapat saiz yang lebih tepat dan jelas ukur ketika waktu siang kerana jari anda mengembang dan saiznya mungkin berbeza jika anda membuat ukuran di waktu malam. Jangan ukur ketika jari anda basah sebaiknya lakukan ketika ia kering

Semoga perkongsian ini mendatangkan manfaat kepada pembaca membuat persediaan sebelum anda pergi ke kedai emas dan berbelanja. Selamat mencuba!