Datin Paduka Eina Azman merupakan seorang selebriti yang sentiasa tampil bergaya dan dikatakan sangat pandai bergaya ketika menghadiri pelbagai majlis.

Beliau juga sentiasa tampak anggun dan bergaya ketika menghadiri majlis resepsi Fasha Sanda dan suami sekitar dua minggu lepas.

Majlis resepri Fasha Sanda yang bertemakan perkahwinan kampung turut tular kerana keunikan majlis tersebut dan turut menjemput beberapa rakan-rakan artis.

Datin Paduka Eina Azman yang hadir bersama suaminya tampak anggun bergaya ringkas memakai baju kurung cotton menghadiri majlis resepsi itu.

Namun, terdapat beberapa komen dari netizen yang mengatakan pelakon berusia 24 tahun itu pastinya mengenakan baju kurung cotton yang mahal yang dijual dibutik ternama  dan mempunyai material yang mahal dan berkualiti.

Walaubagaimanapun, ramai netizen yang terkejut apabila beliau memberitahu peminta yang beliau hanya membeli baju kurung cotton yang dipakai di pasaraya membeli belah Mydin.

Selain itu, beliau turut menyangkal dakwaan beliau membeli baju kurung cotton itu dengan harga yang mahal kerana beliau hanya membeli baju tersebut dengan harga RM50 sahaja.

“Semua baju kurung cotton saya RM50 je! Beli kat Mydin..” – Eina Azman

Kira kira dua minggu lalu, pelakon Datin Paduka Eina Azman telah mendapat pujian ramai netizen kerana beliau pandai menggayakan fesyen ketika menghadiri majlis kahwin dengan tampil bergaya sederhana memakai baju kurung cotton.

Antara komen-komen dari netizen:

Mesti gred bagus punya!

Datin pakai confirm cotton ada class!

Cotton mahal tu!

Ratus2 ringgit tau!

Ternyata walaupun suaminya merupakan orang ternama beliau memberitahu hanya membeli baju kurung itu di pasaraya Mydin.

Penjelasan itu telah dibuat ketika menjawab salah satu pertanyaan pengikutnya di laman sosial Instagram ketika beliau memuat naik gambar memakai baju kurung cotton baru-baru ini.

Sehubungan dengan itu, kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau mendapat pelbagai reaksi dari netizen. Rata-rata tidak menyangka beliau hanya membeli baju itu di pasaraya Mydin dengan harga yang murah.

Benar kata orang, jika tuan badannya cantik bergaya pakailah pakaian ape sekalipun tetap akan tampak anggung bergaya dan ekslusif seperti beliau membeli baju dibutik mahal.

Beliau mula berkecimpung dalam dunia hiburan lakonan melalui drama 5 Jingga pada tahun 2008 dan nama beliau mula dikenali menerusi drama Mimpi Cinderella, di mana beliau memegang watak utama.

Pada tahun 2018, beliau bakal membintangi drama berjudul Doa Ku Mohon yang bakal bersiaran di TV3 pada bulan Ramadan. Beliau memegang watak ibu muda bernama Kasma

Beliau merupakan anak bongsu daripada lima beradik. Pada 31 Ogos 2014, beliau telah sah bergelar isteri kepada Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden.

Majlis perkahwinan yang berlangsung pada 9.00 malam Ahad di Grand Hyatt Kuala Lumpur diadakan begitu mewah dengan bertemakan konsep Bollywood.

Pada 19 Februari 2016, Eina selamat melahirkan anak kembar (perempuan dan lelaki) setelah setahun lebih mendirikan rumah tangga. Cahaya mata Eina dan suami diberi nama Arianna Aubrey dan Karl Kareef.