Resepi kuih sarang semut ini mendapat sambutan hangat apabila mendapat 14k perkongsian dilaman sosial Facebook.

Kuih yang jarang didapati di pasaran ini sangat sedap dan lembut seperti cair dimulut dengan rasanya yang asli dan lazat menjadikan biskut sarang semut ini pilihan ramai.

Resepi biskut sarang semut ini telah dikongsikan dari Facebook Azlina Ina Fans yang sering berkongsi pelbagai jenis resepi terutama resepi biskut raya dan pelbagai jenis lagi.

Resepi Biskut Sarang Semut

Bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan biskut sarang semut ini adalah seperti berikut: 

  • 500g butter/merjerin
  • 1cawan 1/2 gula castor
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan tepung jagung
  • 3 cawan tepung custard(kalau lembik sangat adunan, boleh tambah lagi tepung ini ye)
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu kcik esen vanila
  • Pewarna kuning sket lemon
  • Choc rice (hiasan), hiasan ini terpulang pada citarasa masing-masing.

Cara-cara membuat biskut sarang semut adalah seperti berikut:

  1. Langkah pertama anda boleh mix butter gula dan esen sampai adunan kembang

2. Kemudian tambah kuning telur dan pewarna kuning dan mix sehingga adunan menajdi sebati.

3. Selepas itu, masukkan segala jenis tepung ke dalam adunan tadi.

4. Kemudian, uli adunan tadi sehingga menjadi doh.

5. Selepas itu, doh boleh dikepal dan simpan doh tadi sekejap didalam peti ais selama 30 minit

6. Kemudian bolehlah kita parutkan doh tadi seperti dalam gambar.

7. Kita cuba closed up supaya jelas adunan yang diparut tadi

8. Ok dah cantik adunan tadi kita parut sekarang bolehlah tuang pakai sudu parutan sarang semut tadi.

9. Boleh panaskan oven 170 dan bakar selama 20 minit atau sampai masak.

Selamat mencuba!!!