Donut Bomboloni adalah donut yang telah dimodenkan menjadi donut tanpa lubang di tengah dan dilimpahi dengan pelbagai perasa kegemaran anda seperti cokelat, strawberi, nutella dan perbagai lagi.

Ia juga semakin popular dan menjadi trend kuih muih dikalangan ibu-ibu dan surirumah yang telah merasa sendiri kesedapan Donut Bomboloni gebu ini.

Ekoran dari fenomena Donut Bomboloni ini, banyak gerai kuih muih mula menjadikan ia salah satu menu utama kuih-muih yang dijual kepada pelanggan.

Donut Bomboloni telah viral dan mendapat ribuan perkongisian di facebook. Resepi mudah dan confirm jadi Donut Bomboloni ini telah dikongsikan oleh saudari Rahimah Anuar

Resepi ini dikatakan dapat menghasilkan Donut Bomboloni yang gebu dan sedap. Mari kita ikuti perkongsian ini.

Saya kongsi resepi Donut Bomboloni yang saya guna.

 

Resepi Donut Bomboloni Gebu

Dengan resepi ini anda juga boleh membuat pelbagai jenis donut:

  • Donut Ring (ataupun Donut biase)
  • Donut Bomboloni Nutella
  • Donut topping (mengikut perasa kegamaran masing-masing)
  • Donut sambal
  • Mini burger sambal
  • Thai bread

Dengan resepi ini juga saya berniaga dengan harga 70sen dan keatas. Harga mengikut jenis donut dan inti atau topping yang diletakkan di dalam donut.

Resepi ini untuk 20 biji donut dan ukuran mengikut cawan metrik bukan cawan kopi biasa.

Bahan A

  • 1 paket yis kering (11g)
  • 2 sudu makan susu pekat
  • 1 1/2 cawan air suam (anggaran 310-320g)
  • 2 sudu makan gula

Bahan B

  • 4 cawan tepung gandum (540g)
  • 2 sudu makan marjerin (50g)
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil garam

 

Cara-cara membuat Donut Bomboloni Gedu:

  1. Campurkan semua bahan A ini dan biarkan ia kembang.
  2. Ramaskan bahan B sehingga menjadi seperti serbuk roti.
  3. Apabila ia telah menjadi seperti serbuk roti, masukkan Bahan B dan gaul sehingga adunan rata.
  4. Jika adunan menjadi sedikit lembik jangan tambah tepung.
  5. Jika adunan kurang air boleh tambah sedikit air
  6. Pastikan adunan masih melekat ditangan.
  7. Biarkan selama 1 jam.
  8. Pastikan adunan disimpan di dalam bekas yang bertutup rapat atau boleh letak dalam bekas antikedap.
  9. Selepas 1 jam, tumbuk adunan tadi untuk mengeluarkan angin.
  10. Kemudian timbang anggaran 40g.
  11. Bulatkan doh dan biarkan doh kembang seketika
  12. Seterusnya, lubangkan doh untuk kita isi topping\inti dibahagian tengah
  13. Biarkan selama 10 minit
  14. Doh boleh digoreng. Pastikan minyak panas dan goreng dengan api yang sederhana.

Ini hasilnya Donut Bomboloni Gebu yang baru sahaja siap digoreng

 

Cara Meletakkan\Pipekan Topping

  1. Saya mengguna  perisa nutella. Boleh isi perisa kegemaran masing masing.
  2. Boleh juga guna cokelat spread (ada dijual di kedai bakery)
  3. Lubangkan donat yang sudah agak suam suhunya dengan chopstick.
  4. Kemudian pipekan nutella ke dalam donut.
  5. Nutella saya isi dalam piping beg atau boleh guna plastik yang lubangkan di hujung.

Selamat mencuba!!!