Ramai penggemar brownies suka mencuba pelbagai jenis brownies yang dijual di pasaran. Ramai juga yang mula mempelajari resepi brownies.

Satu kelebihan jika anda pandai membuat brownies adalah anda boleh membuat mengikut citarasa sendiri dan boleh letak pelbagai jenis topping kegemaran anda.

Mari kita lihat resepi brownies bajet yang mudah dan confirm jadi ini.

Bahan-bahan adalah:

Bahan A

  • 150g majerin/1 cawan
  • 350g dark beryls (dalam coklat tue ada 4 block, kiraan lebih kurang 1 1/2 blok)

*Anda perlu cairkan coklat tadi(boleh pilih anda mahu guna oven atau pengukus)

Bahan B

*Jika anda tiada whisk, anda boleh menggunakan senduk

  • 3 bijik telur
  • 1 cawan gula perang(170g)
  • sedikit esen vanila
  • 1 cawan tepung self rising(100g)

Cara-cara membuat Brownies bajet confirm jadi ini adalah seperti berikut:

  1. Pecahkan telur tadi kedalam mangkuk.
  2. Masukkan gula perang kedalam mangkuk.
  3. Kacau telur tadi sehingga telur kuning pecah dan kacau adunan sehingga sebati.
  4. Apabila sudah sebati, masukkan Bahan A(bahan yang anda cairkan tadi).
  5. Kacau adunan sehingga sebati.
  6. Kemudian, bolehlah masukkan tepung tadi dan kacau sehingga adunan sebati.
  7. Panaskan oven.
  8. Lapik loyang dengan menggunakan baking paper.
  9. Tuang adunan dan bolehlah mula membakar adunan tadi.
  10. Bakar pada suhu 140 hingga 150 darjah.
  11. Biarkan selama 45 minit.
  12. Selepas itu, bukak pintu oven tadi selama 10 minit dan biarkan brownies tadi di kedudukan asal.
  13. Untuk pastikan brownies telah masak, sentuh permukaan brownies tadi, jika permukaan tidak melekat itu menunjukkan ia telah masak dengan sempurna.
  14. Anda boleh letak pelbagai jenis topping mengikut citarasa anda.

Selamat mencuba!