Bagi surirumah memasak bukanlah suatu beban tetapi memikirkan mahu memasak juadah apa setiap hari adalah satu masalah pada surirumah.

Kali ini mari kita lihat salah satu resepi masakan India yang dikongsikan oleh Kalaivani Krishnasamy yang mampu membuka selera anda.

Nama resepi ini ayam masak garing yang pastinya anda biasa lihat lauk ini di restoran-restoran mamak.

Resepi ayam masak garing atau ayam masak kunyit (diterjemaah dari bahasa tamil) yang telah dikongsikan oleh Kalaivani Krishnasamy

Langkah-langkah memasak ayam masak garing:

  1. Panaskan minyak dan tumis halba campur dan jintan besar.

2.  Kemudian, masukkan bawang putih banyak sikit.

3. Selepas itu, masukkan bawang satu bowl. Lagi banyak bawang kecil lagi sedap kerana habis stok. Saya campurkan bawang besar dgn kecik sekali. Maklumlah bawang sekarang macam emas.

4. Bila bawang dah masak. Selepas itu, saya masukkan cili kering. Pastikan buang dahulu biji cili kering tadi dan saya guna cili bulat. Boleh pakai cili yang biasa tu dan rasa memang sama.

5. Masukkan satu biji tomato besar yang dihiris.

6.Gaul dulu semua ramuan sehingga sebati dan kemudian masukkan serbuk kunyit dalam satu sudu.

7. Selepas itu perasakan garam supaya tomato and bawang cepat empuk.

8. Selepas itu, bolehlah masukkan ayam yang sudah dibersihkan.

9. Gaul sebati dan mediumkan api. Kemudian, masukkan daun kari. Resepi Ini tidak memerlukan air.

10. Ini kerana air bawang dan tomato sudah mencukupi. Itu yang kalai suruh masukkan bawang bnyk-banyak.

11. Gaul sampai cili kering tu layu/pecah dan ayam masak. Masak sampai cili kering hancur. dan agak-agak sehingga semua sebati.

12. Hasilnya akan jadi macam ini. Resepi ni  tak pakai air langsung ye. Jika kering sangat, boleh renjiskan air sedikit dan itu pun kalau perlu.

13. Ayam ini memang pedas tapi mabeles dan sedap sangat. Mudahkan resepi ini dan yang bagusnya bahan pun tak banyak.

14. Akhir sekali, perah lemon sikit dan sebatikan rasa.

15. Taburkan daun bagai dan kalai pekena dgn nasi tomato. Boleh makan dengan nasi kosong juga.

Selamat Mencuba!!