Sebut saja perkataan Aiskrim Malaysia Viral, semua orang pasti teruja. Tanpa mengira umur, aiskrim digemari oleh semua lapisan umur terutama golongan kanak-kanak mahupun orang dewasa.

Menikmati aiskrim malaysia viral ini tatkala panas terik menjadikan aiskrim antara tarikan utama untuk kita menghilangkan rasa dahaga dengan pelbagai rasa yang telah diinovasi menjadi aiskrim malaysia ini telah viral baru baru ini.

Kini, terdapat pelbagai perisa aiskrim malaysia yang berada dipasaran. Antara perasa yang telah viral adalah aiskrim choki choki, oreo, susu cokelat dan banyak lagi.

Aiskrim malaysia viral ini juga telah dipasarkan di merata tempat sehingga ada yang meletakkan aiskrim jualan mereka di gerai-gerai, kedai runcit dan restoran.

Fenomena aiskrim malaysia yang telah mendapat ribuan perkongsian di media sosial menjadikan aiskrim ini kembali meniti di bibir penggemarnya.

Mari kita lihat resepi Aiskrim Malaysia Viral yang telah dikongsikan oleh saudari Aida Radzuan.

 

Resepi Aiskrim Malaysia Viral Yang Mudah dan Sedap:

Bahan-bahan

  • 1 Tin susu pekat
  • 1 Tin susu cair
  • 4 1/2 Tin air masak
  • 2 1/2 Sudu besar tepung jagung (digunakan untuk melembutkan aiskrim)
  • Garam sedikit (untuk menghasilkan aiskrim yang berlemak)
  • 1 sudu kecil essence vanilla

 

Cara-cara menyediakannya adalah :

  1. Campurkan susu pekat dan susu cair.
  2. Kemudian campurkan  air masak 4 1/2 tin tadi.
  3. Kacau hingga campuran tadi sebati.
  4. Selepas itu, bancuhkan 2 1/2 sudu besar tepung jagung. (kacau sehingga tidak berketul).
  5. Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh ke dalam campuran tadi.
  6. Kemudian, masukkan sedikit garam.
  7. Masukkan 1 sudu kecil essence vanilla tadi.
  8. Masak sehingga mendidih dan kacau campuran tadi sehingga sebati.
  9. Boleh masukkan perisa mengikut citarasa masing-masing.
  10. Apabila campuran tadi sudah masak bolehlah kita tutup api.
  11. Biarkan campuran tadi sejuk seketika sebelum kita memulakan proses memasukkan campuran tadi ke dalam plastik.
  12. Apabila campuran tadi sudah sejuk bolehlah kita masukkan campuran tadi ke dalam plastik aiskrim. (saya pakai plastik aiskrim cap kingkong)
  13. Anda boleh pelbagaikan rasa aiskrim tadi.
  14. Saya memilih untuk masukkan choki choki  untuk resepi kali ini.
  15. Masukkan choki choki ke dalam plastik.
  16. Tuang campuran aiskrim tadi ke dalam plastik yang telah berisi choki choki.
  17. Penuhkan plastik dengan campuran tadi dan ikat dihujungnya.
  18. Kemudian, bolehlah masukkan aiskrim ke dalam peti.
  19. Akhirnya, aiskrim sedia untuk dimakan.

 

Selamat mencuba!!!