Kini, pelbagai tip penurunan berat badan yang telah viral dan mendapat ribuan perkongsian di laman sosial. Kali ini mari kita lihat tip diet pisang yang mampu menurunkan berat badan dengan cepat.

Tip diet kali ini sedikit unik dan berbeza, makan pisang setiap pagi boleh kurus. Pasti anda tertanya adalah benar kenyataan ini. Mari kita lihat lebih lanjut mengenainya.

Satu kajian telah menunjukkan bahawa memakan pisang setiap pagi boleh menghilangkan berat sehingga 5kg dalam masa seminggu. Adakah ia benar, anda perlu teruskan membaca.

Pisang mengandungi magnesium, fosforus, iodine, kuprum, vitamin B1, B2, B6 & C, niasin, dan folat. Penyelidikan yang dijalankan telah membuktikan dua biji pisang boleh membekalkan tenaga untuk kita melakukan kerja atau senaman berat selama 90 minit.

Jika anda menjadikan pisang sarapan baru anda, anda tidak lagi mengambil sarapan pagi yang berat dan tidak seimbang. Sekaligus membantu anda mengurangkan kolestrol dan karbohidrat yang berlebihan di waktu pagi.

Dan apa yang lebih menarik ialah dan diet dengan cara ini tidak memerlukan sebarang usaha keras untuk hasil yang sihat dalam tabiat pemakanan anda. Patutlah diet makan pisang ini menjadi begitu popular selepas Hitoshi Watanabe kongsi menerusi dalam bukunya “The Morning Banana Diet”.

Mari Kita Lihat Cara Yang Betul Mengamalkan Diet Pisang

Inilah caranya:

Pada waktu pagi anda perlu makan pisang sahaja dan minum air pada suhu bilik. Anda boleh makan apa-apa sepanjang hari. Begitu mudah, bukan? Selepas sejumlah besar percubaan yang tidak berjaya menurunkan berat badan, Hitoshi Watanabe memutuskan untuk menulis pengalaman diet yang dia telah cuba sebelum ini.

Orang gemuk biasanya dinasihatkan supaya senaman untuk membakar lebih banyak kalori, tetapi Watanabe membantu mereka mengelakkan penyeksaan pagi dengan mencadangkan penyelesaian yang sangat mudah.

Caranya adalah dengan mengambil pisang segar dan meminum segelas air pada waktu pagi. Anda juga tidak boleh memakan apa-apa sehingga waktu makan tengah hari anda.

Pisang sarat dengan kanji tahan yang aktif akan merangsang proses penurunan berat badan anda. Berapa banyak pisang anda perlu makan untuk sarapan pagi?

Cara-cara diet dengan mengamalkan makan pisang

  1. Tidak ada peraturan ketat yang perlu anda ikuti, hanya makan pisang cukup yang mana akan membuat anda rasa kenyang dan perut tidak masuk angin.

2. Sentiasa minum segelas air suam pada waktu pagi untuk merangsang metabolisme anda. Tunggu selama satu jam dan selepas itu anda boleh mengambil pisang sebagai sarapan anda. Jika anda masih lapar selepas 20 minit, makan pisang lain. Tetapi pastikan anda makan pisang mentah bukan pisang goreng atau yang dimasak cara lain.

3. Tak perlu ambil susu sepanjang diet dan pemakanan yang terakhir hendaklah sekurangnya jam 8 malam. Pergi tidur pada tengah malam, kerana ahli-ahli sains percaya bahawa akan lewat ke tempat tidur dikaitkan dengan obesiti.

4. Anda boleh makan apa-apa untuk makan tengah hari dan makan malam, dan jika anda berasa lapar di antara waktu makan, anda boleh mengambil buah-buahan.

Apa yang membuat diet pisang begitu istimewa?

Pisang kaya dengan serat, kalium dan membantu meningkatkan tenaga. Pisang juga buah yang murah, jadi anda tidak perlu menghabiskan banyak wang untuk membeli pelbagai produk atau buah-buahan yang mahal.

Sarapan pagi yang kerap juga boleh membantu anda meningkatkan metabolisme badan dan mengelakkan anda daripada mengambil portion makanan berlebihan pada waktu siang.

Jika anda tidak minum kopi pada waktu pagi kamu akan lebih mudah untuk mengawal glukosa darah dan selera anda.  Selain itu, minum segelas air pada suhu bilik meningkatkan metabolisme.

Antara perkara yang penting dalam diet pisang ini, anda perlu elakkan mengambil sebarang makanan selepas jam 8:00 malam dan anda perlu berusaha untuk memusnahkan keinginan makan lewat malam.

Antara minuman yang anda perlu elakkan sepanjang proses diet ini adalah alkohol.  Jika anda susah untuk meninggalkan minuman ini, anda boleh mengurangkan pengambilan kuantiti alkohol secara beransur-ansur.

Antara perkara menarik mengenai diet pisang ini juga ia merupakan antara cara yang terbaik untuk menghilangkan selulit. Jadi jangan lupa untuk mencuba kaedah diet pisang ini. Selamat mencuba dan semoga anda berjaya menurunkan berat badan anda!