Kekasih Sahkan Badan Alya Iman Lemah & Sakit Gara-gara..

Kekasih pelakon Alya Iman iaitu usahawan Ridhwan Rosli memaklumkan kekasihnya telah disahkan menghidap demam denggi semalam.

Menurut Ridhwan, Alya mengadu tidak sihat sejak berada di pejabat.

Ridhwan berkata, Alya perlu melakukan ujian saringan COVID-19 dan perlu menjalani tempoh kuarantin sekurang-kurangnya 48 jam sebelum boleh dimasukkan ke wad.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alya Iman (@alyimn)

“Alya demam denggi. Dia tak sihat sejak dekat pejabat lagi. Alya pergi ke pusat perubatan swasta dalam pukul 4 petang.

Kata Ridhwan lagi, kekasihnya itu berada dalam keadaan lemah ketika ini dan alami sakit-sakit badan, namun percaya pelakon tersebut sedang dirawat dengan sebaiknya. Menerusi Insta Story, Ridhwan turut memuat naik foto Alya terlantar di atas katil hospital.

“Selepas lakukan semua ujian, sekarang kena tunggu keputusan Covid jadi dia kena kuarantin sekurang-kurangnya dalam 48 jam. Itu prosedur biasa sebelum admitted,” katanya.

Tambah Ridhwan, setakat ini pelakon drama Senafas Rindu berada dalam keadaan lemah.

“Alya lemah dan sakit badan. But I believe she’s in good hand,” katanya lagi.

Sementara itu, Alya menerusi Insta Story turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang prihatin dan menitipkan doa untuk kesembuhan dirinya.

Kongsikan artikel ini di: