Baru-baru ini telah gempar berita seorang PU yang telah menjandakan isterinya untuk berkahwin dengan janda lain yang menjadi tular dilaman sosial dan menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia.

Tindakan PU itu dipertikaian kerana telah menceraikan isterinya yang sedang sarat mengandung anak hasil perkahwinan mereka tetapi diceraikan oleh suaminya yang ingin berkahwin lain ketika itu.

Rentetan dari cerita itu, seorang wanita berkongsi cerita mengenai satu lagi kes suami dirembat janda. Kali ini seorang wanita meluahkan rasa amarahnya di Facebook yang mana suaminya telah menjalinkan hubungan sulit dengan seorang janda yang baru dikenalinya suaminya hanya sebulan lebih.

Menurut Puan Mira, walaupun dia berusaha untuk mempertahankan rumah tangga yang dibinanya bersama suami, namun nasib tidak meyebelahi beliau dan akhirnya beliau telah bercerai dengan suaminya.

Bagai jatuh ditimpa tangga apabila Puan Mira telah bercerai dan kerana episod duka dalam hidupnya itu, perkara itu juga membuatkan dia keguguran.

Sedih duka lara hati seorang wanita apabila masih belum terubat luka dihati namun terpaksa pasrah takdir tidak menyebelahinya dengan keguguran pula.

Kuatnya hati seorang wanita ini diuji berkali-kali dan pastinya episod duka ini menjadikan dia seorang wanita yang tabah dan berani.

Luahan Hati Seorang IsteriĀ 

MINTA MAAF ye, mana yang bersuami tu harap jaga suami masing-masing dengan molek. Jangan sampai kena ambil dengan betina janda sial ini!
Dah sebulan lebih rumah tangga aku kucar-kacir disebabkan betina ini. Akhirnya tak ada kesudahan. Aku diceraikan oleh suami aku disebabkan betina ini! Demi Allah aku takkan maafkan korang berdua sampai mati!

Dari aku mengandung, sampai aku kehilangan anak aku disebabkan bangsat dua ekor ini. Aku cuba nak pertahankan rumah tangga aku selagi boleh. Tapi Allah tak izinkan.

Malam tadi aku tengah tidur dengan suami aku. Kau boleh call dan WhatsApp suami aku?! Bila aku yang angkat, kau boleh tanya mana suami aku. Betina jenis apa kau ni? Takde perasaan malu nak tanya suami orang tengah buat apa!

Hati binatang! Bila suami aku tak angkat call, ko boleh WhatsApp aku pula tanya mana suami aku! Janda jenis terdesak! Kenal baru sebulan lebih, kononnya nak cari yang lebih baik.

Aku ni isteri dai dah bertahun-tahun kenal pun tak mampu nak jaga betul-betul. Suami aku telah dibutakan dengan betina janda yang dia baru kenal.

Hari ini korang buat aku macam ni. Allah tak pernah tidur. Bumi ini bulat, sampai masa akan terkena dekat diri korang. Jangan sampai terhantuk baru nak bersujud. Demi Allah aku haramkan korang hidup dalam keadaan bahagia di atas penderitaan aku selama ini.

Wanita ini turut berkongsi gambar wanita yang dipercayai menjadi punca goyangnya rumah tanggannya dan wanita itu penyebab dia berpisah dengan suaminya. Terkilan dengan episod duka dalam hidup yang menimpanya, wanita ini turut memohon supaya penderitaanya berakhir.