Malang tidak berbau apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut terkena renjatan elektrik.

Kanak-kanak tersebut dipercayai memasukkan kabel pengecas telefon bimbit yang masih bersambung pada plug ke dalam mulutnya, lapor Hindustan Times.

Insiden itu berlaku pada hari Sabtu di kediaman datuk dan nenek mangsa di Jahangirabad, India.

Sebelum kejadian, kanak-kanak tersebut yang bernama Sahwar dan ibunya datang menziarahi datu dan neneknya.

Semasa kejadian berlaku, Sahwar dibiarkan bermain sendirian berhampiran dengan plug kabel tersebut.

Walaupun ibunya sudah mencabut telefon yang telah dicas tetapi dia terlupa memadamkan plug pengecas tersebut.

Sperti kana-kanak lain, Sahwar yang sedang bermain sendirian itu menyangka kabel itu sebagai mainan.

Kemudian Sawar mengambil dan memasukkan ke dalam mulut lalu terkena renjatan elektrik.

Ibunya bergegas membawa Sahwar ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Walaubagaimanapun, doktor mengesahkan mangsa telah meninggal dunia sebaik tiba di hospital.

Pegawai di Balai Polis Jahangirabad, Akhilesh Pradhan berkata, kes itu diklasifikasikan sebagai kemalangan dan ibu mangsa tidak didakwa.