Semalam telah berlangsungnya Anugerah Festival Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) yang bertempat di Kuching, Serawak. Kalau korang nak tahu AIFFA ni adalah satu pertandingan dwi tahunan bagi pembuat filem dari 10 negara ASEAN. Ia pertama kali dianjurkan pada tahun 2013 dan tahun ni merupakan kali ketiga.

Anugerah ini turut diadili oleh juri Antarabangsa dan ASEAN dan menawarkan anugerah dalam 16 kategori yang meliputi semua aspek utama kawasan kreatif dan teknikal pembikinan filem. Fuhh bukan calang calang anugerah.

Ramai juga artis Malaysia yang pergi termasuk Fazura yang membuat persembahan. Memang bangga sebabnya anugerah ni dihadiri oleh ramai orang femes seluruh Asia. Namun, ramai juga mengecam Fazura menyanyi ni. Yelah dalam banyak banyak artis, Fazura juga wakil Malaysia untuk menyanyi kan? Dah rezeki dia.

 

Sumber : Twitter, jasondyinternational