Sebut sahaja jeruk mangga asam boi, kecur air liur tengok. Tambahan ramai peniaga online menjual jeruk mangga asam boi crunchy krup krap dengan harga yang berpatutan.

Jeruk mangga asam boi ini telah tular di media sosial dan merupakan salah satu menu yang dijual oleh peniaga online sejak ia telah popular. Kesedapan jeruk ini menjadikan ramai peminat buah mangga muda mengidam jeruk viral ini terutama golongan wanita.

Penyediaannya juga ringkas dan anda mampu melakukannya sendiri dan boleh menukar kuantiti bahan atau rasa mengikut citarasa masing-masing dan dalam masa yang sama anda boleh berjimat.

Mari kita cuba resepi jeruk mangga asam boi hasil perkongsian Puan Siti Suhaida Mohd Sani ini menerusi laman sosial. Disamping itu, penyediaannya juga sangat ringkas dan mudah  tetapi mampu menghasilkan rasa yang memang boleh buat anda ketagih. Rangup pun rangup!

Ini Resepi Jeruk Asam Boi Rangup.

Assalaamualaikum…nk share cara buat jeruk mangga simple and rangup…mak mertua bg mangga 2biji…siap2 dapatla 2balang…cukupla buat mkn sendiri..😊

Resepi Jeruk Mangga Asam Boi Crunchy:

  • 2 Biji mangga
  • 1 Sudu teh kapur makan
  • Air gula (lebih kurang 1 cawan gula + 2 @3 cawan air)
  • Asam boi
  • Cili padi (kuantiti cili bergantung pada citarasa masing-masing mahu kurang pedas atau lebih pedas)

Cara-cara menyediakan jeruk mangga asam boi crunchy ini:

  1. Kupas kulit mangga tadi.
  2. Hiris mangga panjang2 tapi jangan terlalu nipis sangat.
  3. Rendam mangga dengan air yang dibancuh dgn 1 sudu teh kapur.
  4. Biarkan mangga tadi selama 1 jam.
  5. Cuci mangga tadi bersih-bersih dan toskan.
  6. Masukkan mangga tadi dalam balang.
  7. Tuang air gula yang dah sejuk, asam boi dan cili.
  8. Simpan mangga tadi didalam peti ais selama semalaman. Jeruk ini sedap dimakan sejuk-sejuk.

Kalau air gula tidak cukup buat lebih, untuk sukatan air gula sy agak-agak  janji mangga tadi tenggelam selepas tuang didalam balang. Jika anda suka manis, boleh taburkan  gula pasir dan tutup kembali bekas balang tadi dan simpan kembali ke dalam peti ais.

 

Selamat mencuba!!!