Buat Almond London kelaut? Tak sempat nak buat Almond London? Jom try resepi tart coklat badam ini yang cepat, mudah dan confirm jadi ini.

Perkongsian resepi ini kita ambil dari Cikgu Azlina dari pagi Azlina Ina Fans. Resepi ini lebih selepas dioleh dari resepi Almond London dan mendapat 8 ribu perkongsian di laman sosial.

Resepi Tart Coklat Badam

Asalamualaikum gemokning ye nak buat almond london dah  tak sempat. Kalau macam tue kita buat versi cepat laju pantas la tapi rasa sedap jugak.

Tart Coklat Badam

Shell tart :
* Kalau rajin boleh buat tapi kalau tak rajin ko beli siap je la.

  • 350g-+ tepung gandum
  • 50 gram conflakes/nestum kisar
  • 20g tepung susu
  • 200g merjerin/butter
  • 100g gula ising
  • 1biji telur gred a/b

Nota :

  • Campur semua bahan tadi sekali dalam bekas. Uli adunan sehingga jadi doh dan tidak  melekat kat tangan.
  •  Letak sikit doh dekat acuan tart tekan ambik saiz 4.5cm
  • Kemudian bakar pada suhu 170° selama 25-30minit.

Bahan-bahan :

  • 300 g Choc beryls
  • 1sb shortening
  • Badam perlu jemur dulu kemudian baru bakar/sangai
  • Hiasan untuk atas coklat terpulang nak hias ikut citaras masing-masing

Cara-caranya adalah seperti berikut:

  1. Sangai/bakar dahulu badam.
  2. Cairkan coklat dan shortening tadi guna kaedah double boiled.

3. Letak badam yang telah dibakar tadi ke dalam shell tart

4. Kemudian tuangkan coklat dan boleh tabur hiasan (almond nibs/manik pelangi/choc rice colorful/lorek choc putih)

Selamat mencuba!