” Pagi tadi baru masak nasi malam dah basi”. Terpaksalah buang sahaja nasi yang telah dimasak tadi. Tambahan bila kena masa perut lapar, nasi basi nak tunggu 20 minit nasi baru masak macam sejam lamanya.

Ramai surirumah masih tertanya-tanya apakah petua menghasilkan nasi yang tidak cepat basi untuk memudahkan kerja-kerja memasak mereka. Jadi tidak perlulah anda memasak nasi berulang kali.

Mesti anda tertanya-tanya mengapa nasi yang dibeli dikedai dan restoran lebih tahan lama walaupun anda tidak menyimpan nasi itu didalam peti sejuk. Bagaimana dan apakah rahsia mereka menghasilkan nasi yang tahan sehingga dua hari lamanya. Pasti anda berada hairan bukan.

Mari kita lihat 7 petua nasi tidak cepat basi dan tahan sehingga 2 hari lamanya ini.

 7 Petua Memasak Nasi Tahan Lama Dan Tidak Cepat Basi

Berikut merupakan 7 petua memasak nasi yang tahan lama tidak cepat basi yang boleh anda praktikkan agar ia tahan lebih lama.

1. Pastikan Anda Membasuh Beras Sehingga Beras Anda Bersih

Ramai berpendapat bahawa jika kita membasuh beras berulang kali semua nutrisi akan keluar dari beras itu. Walaubagaimanapun, jika beras hanya dicuci sekali sahaja, ia cenderung akan menjadi cepat basi. Jadi anda perlu mencuci beras sehingga bersih.

Menurut petua ini, anda perlu mencuci beras dengan betul dan pastikan air bilasan beras betul-betul keluar sebelum mencuci kali lagi buat kali kedua atau ketiga.

Langkah terakhir, anda boleh cuba membuat bilasan terakhir dan memasak nasi menggunakan air dari mesin penapis.

2. Gunakan Sedikit Perahkan Limau Nipis 

Sebelum nasi dimasak, perahkan setengah biji limau nipis ke dalam 2-3 pot beras yang sudah disukat dengan air. Jangan bimbang, rasa nasi tidak akan berubah meskipun ia telah ditambah dengan perahan limau ini.

Malah, ia juga menjadikan nasi lebih harum dari biasa dan lebih tahan lama kerana keasidannya yang terhasil dari perahan limau tadi.

3. Anda Perlu Panaskan Periuk Nasi Atas Dapur

Seringkali kita terlupa membasuh periuk nasi yang masih mempunyai baki nasi didalamnya semasa balik kampung. Maka, nasi pun akan berulat dan berair. Walaupun anda sudah mencuci periuk berulang kali, berkemungkinan besar bakteria aktif masih ada didalam periuk dan akhirnya menyebabkan nasi mudah basi selepas itu.

Untuk mengatasi masalah ini, pengguna Facebook, Puan Suaida Salehudin menyarankan agar telingkupkan periuk nasi atas dapur, kemudian nyalakan api.

Tindakan ini berjaya membunuh semua bakteria yang masih tinggal sekaligus menjadikan nasi yang dimasak tahan lebih lama.

Tambah beliau lagi, petua masak nasi turun-temurun ini memang berkesan dan nasi yang dimasak tidak akan cepat basi walaupun sudah masuk hari ke2.

3. Sila Pastikan Periuk Dicuci Dengan Bersih

Seringkali kita terlepas pandang sisa kotoran yang masih bersisa didalam periuk. Ini merupakan antara penyebab nasi lebih cepat basi kerana terdapat sisa kotoran atau nasi yang masih melekat pada periuk yang telah dicuci.

Jika diperiksa dengan teliti pada bahagian dalamannya, mungkin terdapat bahagian yang dikotori dengan karat atau kesan wap nasi.

Kesan dari sisa kotoran tadi boleh menjejaskan fungsi ‘rice cooker’ dan kualiti nasi anda. Oleh itu, pastikan anda mencuci periuk nasi dengan bersih setiap kali selepas anda selesai menggunakannya.

4. Anda Boleh Masukkan Secubit Garam Ke Dalam Beras

Selepas mencuci beras dan menyukat air, masukkan secubit garam ke dalam periuk. Tujuan memasukkan garam adalah supaya nasi yang masak lebih tahan lama, sedap dan kenyal.

5. Hilangkan Wap Nasi Selepas Nasi Masak

Apabila nasi dimasak dengan rice cooker, jangan lupa buka penutupnya sebaik saja butang ‘cook’ berubah kepada ‘warm’.

Anda boleh kais-kaiskan sedikit nasi supaya nasi masak secara rata dan biarkan wap yang terkumpul keluar daripada periuk. Dengan cara ini, nasi tidak akan menjadi lembab. Sebelum menutup semula nasi tadi, lapkan penutup periuk tadi dengan kain bersih.

Petua masak nasi ini bukan saja menjadikannya nasi lebih tahan lama, tetapi juga menjadikannya teksturnya nasi tadi lembut dan nasi berderai dengan elok. Selain itu juga, pastikan anda mencabut plug ‘rice cooker’ sekiranya nasi tidak akan dimakan dalam masa terdekat.

7. Masak Air Dalam Periuk Nasi Untuk Membersihkan Periuk

Tip yang ke-7 mungkin mempunyai fungsi yang sama dengan tips ke-3 di atas.

Boleh isikan air di dalam periuk nasi sehingga penuh atau separuh. Kemudian, masak di atas dapur gas sehingga air tadi mendidih. Selepas itu, anda boleh masukkan beberapa helai daun pandan ketika proses ini. Dapur pun akan wangi semerbak.

Proses memasak air sehingga mendidih di dalam periuk nasi ini tidaklah perlu dilakukan setiap kali hendak masak nasi. Memadai melakukankannya sekali sebulan atau dua kali sebulan untuk menjamin ketahanan nasi.

Mudah dan senang kan, 7 petua ini anda boleh lakukan sekiranya anda mahu nasi menjadi lebih tahan lama dan tidak cepat basi.

Petua ini juga membantu anda mendapatkan tekstur nasi yang lembut dan berderai dengan elok. Jadi selepas ini tidak perlulah anda menyimpan lebihan nasi didalam peti sejuk.

Walaubagaimanapun, ia turut bergantung kepada faktor-faktor lain yang mempengaruhi seperti suhu persekitaran, teknik menyukat air dan jenis beras anda.

Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat dan kebaikan kepada pembaca semua dan selamat mencuba!.